JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri angka 150 juta.

Ia berikutan lebih 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.2 juta kes.

Ini diikuti India dengan 18.3 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.52 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Sementara Rusia, Turki dan United Kingdom melebihi 4 juta kes.

Itali, Sepanyol dan Jerman pula melebihi 3 juta kes.

Argentina, Poland, Colombia, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Afrika Selatan, Indonesia, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.15 juta kes.

Ia selepas lebih 14,000 kematian global direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 574,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 398,000 kes, Mexico lebih 215,000 kes, India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.