JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 62.55 juta.

Ini berikutan lebih 550,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 62,555,683.

Setakat pagi Isnin (30 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 13.32 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.39 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.29 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Perancis (2,260,789) dan Rusia (2,249,890).

Negara dengan kes jangkitan positif COVID-19 melepasi 1 juta kes ialah Sepanyol (1,628,208), United Kingdom (1,621,305), Itali (1,585,178), Argentina (1,413,375), Colombia (1,299,613), Mexico (1,101,403) dan Jerman (1,055,124).

Sementara itu, Poland (985,075), Peru (960,368), Iran (948,749), Afrika Selatan (785,139), Ukraine (742,105), Turki (607,628), Belgium (574,448), Iraq (550,435), Chile (550,430), Indonesia (534,266), Belanda (527,230) dan Czechia (519,357) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di United Kingdom ialah 1,621,305, setakat Isnin (30 November).

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Romania (471,536), Bangladesh (462,407), Filipina (429,864), Pakistan (395,185), Kanada (370,989), Arab Saudi (351,128), Maghribi (353,803), Israel (335,132) dan Switzerland (318,290).

Dalam pada itu, sebanyak 33 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.



Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi1.45 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,457,319 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 266,594 kes, diikuti Brazil dengan 172,561 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 136,696 dan 105,459 kes kematian.

Sementara itu, United Kingdom (58,342), Itali (54,904) dan Perancis (52,410) merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 266,594 kes, diikuti Brazil dengan 172,561kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kematian ialah Iran (47,874) dan Sepanyol (44,668).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Rusia (39,127), Argentina (38,322), Colombia (36,401) dan Peru (35,879).

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 21,000 kes.