Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29 juta kes, diikuti India dengan 11.22 juta kes dan Brazil dengan lebih 11 juta kes.
Negara yang melebihi angka 4 juta kes adalah Rusia dan United Kingdom manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta kes.
Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia dan Belanda pula catat lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal, Israel, Belgium, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.6 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 525,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 265,000 kes.
Mexico, India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Peru, Poland dan Indonesia.
Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban dan kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.