JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini ialah 169.62 juta.

Ia berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.24 juta kes.

Ini diikuti India dengan 27.72 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.39 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis dan Turki.

Rusia makin menghampiri angka lima juta dengan 4.99 juta kes.

United Kingdom dan Itali turut mencatat kes melebihi 4 juta.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.52 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 594,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 459,000 kes; India lebih 322,000; Mexico lebih 223,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 50,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 diikuti Malaysia.

Singapura kekal dengan 32 kematian setakat ini.