JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 205 juta kes.

Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 36 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32 juta kes dan Brazil dengan lebih  20.2 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom.

Sementara Turki dan Argentina melebihi 5 juta kes.

Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.7 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.7 juta.

Malaysia pula 1.34 juta kes, manakala Thailand 800,000 dan Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.33 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 619,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 565,000 kes, India lebih 429,000 kes, Mexico lebih 246,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 82,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 113,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 29,000 diikuti Malaysia lebih 11,000, manakala Thailand mencatat lebih 6,000 angka korban.