JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 253.7 juta.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 47 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil lebih 21.9 juta kes.

United Kingdom kini mencatat lebih 9 juta kes manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang mencatat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta, Thailand 2 juta, manakala Singapura merekodkan lebih 239,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.1 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 763,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 611,000 kes, India lebih 463,000 kes, Mexico lebih 291,000 kes.

Sementara Rusia kini mencatat lebih 251,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 97,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 45,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.