JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Menurut data terbaru Johns Hopkins University, jangkitan kini mencecah 10,644,064 kes setakat pagi Khamis waktu Malaysia.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.7 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.4 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 653,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 585,000 kes dan United Kingdom dengan 314,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 jangkitan ialah Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.