Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.85 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 30.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 19 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki, Rusia dan United Kingdom.
Argentina, Colombia dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.5 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.47 juta dan Malaysia dengan lebih 836,000 kes.
Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 336,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.03 juta, berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 607,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 533,000 kes, India lebih 408,000 kes, Mexico lebih 234,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 67,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia.
Thailand dengan lebih 2,000 angka korban.