awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kesan terhadap kesihatan mental berpanjangan - WHO

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2021
00:00 MYT
COVID-19: Kesan terhadap kesihatan mental berpanjangan - WHO
WHO meminta perkhidmatan kesihatan mental terus diperkukuhkan dan meningkatkan akses kepada rawatan melalui teknologi. - Gambar hiasan
KESAN pandemik COVID-19 terhadap kesihatan mental dijangka akan berpanjangan dan dalam tempoh lama.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia menuntut tindakan kecemasan terhadap hubung kaitnya pandemik ini dengan tahap tekanan dan keresahan melampau.
WHO dalam kenyataan menjelaskan, keresahan mengenai penularan virus, kesan psikologi daripada kawalan pergerakan dan pengasingan diri menyumbang kepada krisis kesihatan mental.
Ia ditambah dengan tekanan yang berkaitan dengan isu pengangguran, masalah kewangan dan penjarakan sosial.
Pengarah Serantau WHO Eropah, Hans Kluge mengatakan bahawa kesihatan mental harus dilihat sebagai hak asasi manusia.
WHO meminta perkhidmatan kesihatan mental terus diperkukuhkan dan meningkatkan akses kepada rawatan melalui teknologi.
Ia juga mendorong perkhidmatan sokongan psikologi yang lebih baik di sekolah, universiti, tempat kerja dan petugas barisan hadapan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#kesihatan mental
#tekanan
#pengangguran
#masalah kewangan
#penjarakan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan