awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"

Agensi
Agensi
06/01/2026
22:30 MYT
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
Presiden Trump mengingatkan ahli Republikan bahawa parti itu perlu memenangi pilihan raya pertengahan penggal 2026 atau beliau bakal berdepan tindakan pemecatan oleh Demokrat. - Gambar AP
WASHINGTON: "Kita mesti menang pilihan raya pertengahan penggal kerana jika kalah, mereka akan cari alasan untuk pecat saya."
Itu kata dua Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mengingatkan ahli Republikan bahawa parti itu perlu memenangi pilihan raya pertengahan penggal 2026 atau beliau bakal berdepan tindakan pemecatan oleh Demokrat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pemukiman ahli Republikan di sini.
“Saya akan dipecat.”
Trump turut menggesa parti itu supaya lebih bersatu dalam memperjuangkan isu-isu seperti politik gender, penjagaan kesihatan dan reformasi pilihan raya, selain mempromosikan dasar pentadbirannya kepada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.
Agenda Trump dijangka menjadi taruhan besar pada pilihan raya November ini yang bakal menyaksikan kesemua kerusi Dewan Perwakilan dan satu pertiga kerusi Senat dipertandingkan.
Dalam ucapannya di Pusat Seni Persembahan Kennedy yang kini turut memaparkan namanya, Trump meramalkan kemenangan besar buat Republikan, namun mengakui bimbang dengan trend sejarah bahawa parti pemerintah lazimnya tewas dalam pilihan raya pertengahan penggal.
“Mereka kata bila menang jawatan Presiden, kita akan kalah pertengahan penggal. Saya sendiri tak faham apa yang bermain di fikiran rakyat,” ujarnya.
Setakat ini, ahli Republikan di Dewan Perwakilan banyak memberi laluan kepada Trump dalam isu perbelanjaan dan hal ehwal lain, namun tanda-tanda mereka mahu bertindak lebih bebas mula kelihatan.
Minggu ini, Dewan dijangka mengundi untuk menolak veto Trump berhubung pembatalan projek infrastruktur di Colorado dan Florida, meskipun tidak pasti sama ada usaha itu mampu meraih majoriti dua pertiga.
Untuk rekod, Trump pernah dipecat dua kali oleh Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat ketika penggal 2017-2021 atas dakwaan salah guna kuasa melibatkan Ukraine dan insiden rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021.
Bagaimanapun, Senat yang dikuasai Republikan ketika itu membebaskannya dalam kedua-dua kes. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Republikan
#pilihan raya presiden
#Trump dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan