awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan

Agensi
Agensi
06/01/2026
22:10 MYT
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
Pekerja mengibarkan bendera Cuba separuh tiang di Tribun Anti-Imperialis berhampiran Kedutaan AS di Havana, Cuba pada Isnin sebagai memperingati warga Cuba yang terkorban dua hari lalu di Caracas, Venezuela. - Gambar AP
HAVANA: Kerajaan Cuba pada Selasa mendedahkan nama, pangkat dan umur 32 anggota tenteranya yang terbunuh ketika operasi penangkapan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro oleh pasukan Amerika Syarikat (AS), sambil mengumumkan dua hari berkabung.
Mangsa berusia antara 26 hingga 60 tahun terdiri daripada kolonel, leftenan, mejar, kapten serta anggota simpanan yang berkhidmat di Venezuela di bawah perjanjian keselamatan bersama.
Mereka merupakan anggota Angkatan Tentera Revolusi dan Kementerian Dalam Negeri – dua agensi keselamatan utama Cuba.
Media rasmi Cuba turut menyiarkan gambar mereka lengkap berpakaian seragam hijau zaitun, namun tidak mendedahkan misi atau punca kematian secara terperinci.
Dalam kenyataan rasmi, pihak berkuasa Cuba mengesahkan anggota terbabit “gugur dengan penuh maruah dan keberanian selepas bertempur sengit menentang penyerang atau akibat pengeboman fasiliti.”
Serangan AS ke atas Venezuela mencetuskan mesyuarat khas Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) pada Selasa, yang diganggu oleh seorang aktivis anti-perang dari kumpulan Code Pink.
“Majoriti rakyat menentang ini! Hentikan campur tangan di Venezuela!” jerit Medea Benjamin sebelum diiring keluar oleh pengawal keselamatan.
Duta AS ke OAS, Leandro Rizzuto, mempertahankan tindakan itu sebagai “operasi penguatkuasaan undang-undang yang disasarkan” terhadap Maduro yang didakwa sebagai penjenayah.
“Biar saya jelaskan, AS tidak menyerang Venezuela. Presiden Trump sudah tawarkan banyak jalan keluar kepada Maduro. Ini bukan campur tangan demokrasi, malah menghapuskan halangan kepadanya,” kata Rizzuto.
Beliau menegaskan, AS mahukan masa depan Venezuela yang lebih baik dan demokratik, sambil mengkritik penguasaan rizab minyak terbesar dunia oleh “musuh hemisfera Barat” yang menurutnya tidak memberi manfaat kepada rakyat Venezuela.
Rizzuto turut mendesak pembebasan kira-kira 1,000 tahanan politik dan menyokong lawatan Suruhanjaya Hak Asasi Antara Amerika ke pusat tahanan.
Selepas ucapan Rizzuto, Duta Peru, Rodolfo Coronado, mengajak hadirin bertafakur seminit bagi mangsa rejim Maduro.
Dalam mesyuarat itu, beberapa negara mengecam keras serangan AS.
Timbalan Menteri Luar Colombia, Mauricio Jaramillo, menyifatkan tindakan unilateral itu sebagai “pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa” dan mencetuskan “precedent yang amat membimbangkan.”
Sebelum mesyuarat bermula, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan membawa plak bertulis “No War on Venezuela” dan “Arepas Not Bombs.” - Agensi
Topic Berkaitan
#Cuba
#tentera Cuba maut
#AS serang Venezuela
#Nicolas Maduro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan