Korea Selatan melaporkan 197 kes baharu COVID-19 pada Isnin, hari keempat kes baharu mencecah tiga angka.

Kebanyakan kes baharu dilaporkan di Seoul yang mempunyai populasi 51 juta penduduk.

Antara kes terbaharu termasuk seorang pastor yang menyertai protes antikerajaan bersama ribuan penunjuk perasaan dua hari lalu.

Lebih 300 kes baharu telah dikaitkan dengan gereja yang diketuai pastor tersebut dan pihak berkuasa khuatir lebih ramai lagi akan dijangkiti.

Kluster gereja tersebut merupakan kluster kedua terbesar di korea selatan selepas Kluster Gereja Daegu yang melaporkan lebih 5,000 kes awal Mac lalu.

BACA: COVID-19: Korea Selatan rekod 279 kes baharu