Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan kenaikan mendadak jangkitan kes COVID-19 di Eropah sebagai amaran kepada semua pihak.

Pengarah WHO Wilayah Eropah, Hans Kluge berkata, situasi itu amat membimbangkan dan perlu ditangani dengan lebih serius.

"Kes mingguan yang dicatatkan melebihi apa yang direkodkan ketika pandemik itu melanda Eropah sekitar Mac lalu.

"Minggu lalu, jumlah mingguan jangkitan di wilayah berkenaan melepasi angka 300,000 kes.

"Lebih daripada separuh negara Eropah melaporkan peningkatan kes yang melebihi 10 peratus dalam dua minggu terakhir," katanya yang dipetik laporan CNBC pada Khamis.

Mengulas lanjut, Kluge berkata, daripada jumlah itu, tujuh negara merekodkan jangkitan baharu melebihi dua kali ganda dalam tempoh sama.

"Walaupun langkah-langkah kawalan dikenakan pada musim semi dan awal musim panas turut mendorong kepada peningkatan kes," katanya.

Dalam pada itu, Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah (ECDC) memberi amaran bahawa kadar kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari di Kesatuan Eropah (EU), pusat perniagaan Eropah dan United Kingdom menyaksikan peningkatan kes sejak 50 hari lalu.

Menurut ECDC, lebih separuh daripada negara angota EU dilaporkan mengalami peningkatan kes.