ESSEX: Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) membina struktur sementara di hospital di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan lonjakan pesakit COVID-19.

Ini kerana varian Omicron yang sangat mudah berjangkit menyemarakkan gelombang jangkitan baharu.

United Kingdom (UK) melaporkan 183,037 kes pada Rabu, 32 peratus lebih tinggi daripada hari sebelumnya.

Data awal bagaimanapun menunjukkan Omicron kurang berkemungkinan menyebabkan gejala serius berbanding varian terdahulu.

Pegawai Kesihatan Awam berpendapat jumlah jangkitan yang banyak boleh menyebabkan lonjakan kemasukan ke hospital dan kematian.

Sebagai tindak balas, NHS akan mula menubuhkan "hab lonjakan" minggu ini di lapan hospital di sekitar England, setiap satu dengan kapasiti untuk merawat kira-kira 100 pesakit.

Kakitangan sedang menyediakan rancangan untuk menyediakan sebanyak 4,000 katil sekiranya ia diperlukan.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai kekurangan doktor dan bilangan kakitangan yang tinggi diuji positif COVID-19.

Jumlah orang di England yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 meningkat kepada 10,462 pada Rabu daripada 7,366 pada 24 Disember, tertinggi sejak 1 Mac.