TERDAPAT pertambahan 1.21 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikah jumlah kes yang direkodkan di seluruh dunia adalah sebanyak 458 juta kes setakat ini.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes serta 29 juta.

Negara yang melepasi angka 23 juta kes adalah Perancis.

United Kingdom melebihi 19 juta, Rusia dengan 17 juta kes, manakala Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 3.8 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.2 juta kes.

Singapura pula melebihi 948,000 kes.


Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 3,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.04 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 968,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 654,000 kes, India lebih 515,000 kes dan Rusia lebih 354,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 321,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 152,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 33,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban.