LIMA: Ratusan rakyat Peru melakukan ujian saringan COVID-19 pada Jumaat.

Ia selaras dengan usaha pihak berkuasa kesihatan negara itu untuk membendung penularan COVID-19, beberapa hari selepas kes positif mencatatkan penurunan.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan memastikan ujian saringan tersebut dilakukan di tempat terbuka.

Ia bagi mengelakkan berlakunya risiko jangkitan memandangkan varian baharu yang lebih cepat menular.

Inisiatif tersebut juga disifatkan sebagai persiapan awal sekiranya berlaku semula lonjakan kes.

Pada Jumaat, Presiden Pedro Castillo merasmikan kilang penjana oksigen dan ia dilihat sebagai kejayaan baharu dalam sistem kesihatan negara itu.

Sebelum ini negara itu hanya mendapatkan bekalan oksigen daripada pihak ketiga sehingga menyebabkan kekurangan bekalan dalam menangani pandemik di negara berkenaan.

Untuk rekod, lebih 7 juta rakyat Peru sudah melengkapkan vaksinasi mereka.