awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ribuan kubur digali, Brazil sedia berdepan lebih banyak kematian

Agensi
Agensi
01/05/2020
15:17 MYT
COVID-19: Ribuan kubur digali, Brazil sedia berdepan lebih banyak kematian
Pengebumian telah pun bermula dengan para pekerja perkuburan memakai pakaian perlindungan diri. - Gambar REUTERS
Ribuan kubur digali di Sao Paulo, Brazil ketika negara itu berjuang memerangi wabak COVID-19.
Lebih dari 13,000 kubur digali di Tanah Perkuburan Vila Formosa ketika negara itu bersedia berdepan dengan lebih banyak kematian akibat COVID-19, yang telah membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia.
Bagi ahli keluarga, ini merupakan momen yang paling sukar buat mereka.
"Saya hanya bayangkan betapa sakitnya kami rasa dan kini, abang kami tidak dapat dikebumikan dengan sempurna.
Lebih dari 13,000 kubur  digali di Tanah Perkuburan Vila Formosa ketika negara itu bersedia berdepan dengan lebih banyak kematian akibat COVID-19
Lebih dari 13,000 kubur digali di Tanah Perkuburan Vila Formosa ketika negara itu bersedia berdepan dengan lebih banyak kematian akibat COVID-19
"Kali terakhir saya melihatnya adalah semasa dia dimasukkan ke ICU dan dia tidak kembali lagi. Itulah kali terakhir saya melihatnya," ujar Marcilene Dias da Silva, adik beradik perempuan kepada salah seorang mangsa yang maut akibat COVID-19.
Pengebumian telah pun bermula dengan para pekerja perkuburan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
Mereka berharap agar kesemua lubang kubur yang digali tidak digunakan.
"Setiap hari saya menggali lubang kubur. Tetapi kami berharap kita tidak menggunakan kesemuanya.
"Saya berdoa kepada Tuhan setiap hari," kata Alexandre Rodrigues Valverde, petugas di Tanah Perkuburan Vila Formosa.
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sebelum ini tidak mengambil serius penyebaran virus itu dengan menyamakannya sebagai selesema.
Brazil, negara terbesar di Amerika Latin itu, kini mempunyai lebih ramai mangsa dan kes positif daripada yang dilaporkan China.
Topic Berkaitan
#Brazil
#COVID-19
#Jair Bolsonaro
#kubur
#Sao Paulo
#Vila Formosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan