VERACRUZ: Ribuan sekolah di Mexico kembali dibuka pada Isnin selepas satu setengah tahun ditutup akibat COVID-19.

Sekolah kembali dibuka ketika negara itu berada dalam gelombang ketiga penularan dan perkara itu masih membimbangkan dalam kalangan ibu bapa.

Malah jumlah kematian di Mexico kini melebih 39,000 kes.

Kira-kira 64 peratus populasi dewasanya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Namun, jumlah kanak-kanak yang sudah divaksinasi masih kecil.

Bagi memastikan kelangsungan kehidupan di sekolah, pelajar diharap dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan pihak sekolah perlu memastikan sistem pengudaraan yang selamat.

Ia seperti yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO).

Untuk rekod, terdapat 30 juta pelajar di Mexico dengan 25 juta daripadanya menerima pendidikan asas.