ST PETERSBURG: Rusia mencatatkan angka kematian harian tertinggi apabila sebanyak 968 kes direkodkan pada Jumaat.

Angka itu merupakan jumlah tertinggi sejak pandemik melanda dunia.

Pihak berkuasa turut menjangkakan angka itu akan terus meningkat.

Sementara itu, kes harian COVID-19 di negara itu turut merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 29,362 kes baharu pada Sabtu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Rusia, Tatyana Golikova, peratusan rakyat di negara itu yang lengkap vaksinasi ketika ini adalah sebanyak 29 peratus.

Bagaimanapun kerajaan Rusia menafikan sebarang usaha untuk menguatkuasakan semula perintah berkurung termasuk memperketat prosedur operasi standard (SOP).