MOSCOW: Rusia melaporkan lebih 100,000 kes COVID-19 buat kali pertama pada Sabtu ketika negara itu menghadapi lonjakan kes yang didominasi oleh varian Omicron.

Portal COVID-19 Rusia melaporkan 113,122 kes baharu dalam tempoh 24 jam, hampir dua kali ganda jumlah jangkitan harian seminggu lalu.

Walaupun negara itu menyediakan liputan vaksin secara meluas, namun keengganan rakyatnya mengambil vaksin masih menjadi isu utama.

Hanya separuh daripada populasinya lengkap divaksinasi.

Selain itu, Rusia turut mencatatkan angka kematian tertinggi di Eropah iaitu sebanyak 330,111 korban.

Bagaimanapun angka itu dilihat bercanggah dengan agensi statistik Rosstat, yang mendakwa jumlah kematian keseluruhan hampir dua kali ganda jumlah rasmi.