MADRID:Kementerian Kesihatan Sepanyol mengesahkan 84,287 kes baharu COVID-19 sejak Jumaat.

Lonjakan kes jangkitan itu dipercayai pasca sambutan Krismas hujung tahun lalu.

Kementerian juga melaporkan 455 kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad lepas.

Angka itu menjadikan jumlah kes yang disahkan sejak bermulanya wabak itu adalah 2.34 juta dan jumlah keseluruhan kematian 53,769 kes.

Kadar kenaikan kes dalam masa 14 hari juga dilihat meningkat iaitu 689 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 575 sebelum ini.

Penggunaan katil di unit rawatan intensif oleh pesakit COVID-19 kini meningkat hampir 33 peratus daripada 30 peratus pada Jumaat.

Bagaimanapun, kata kementerian, walaupun angka meningkat, pihak berkuasa mengharapkan lekuk jangkitan akan menurun sekitar dua hingga tiga minggu.