Singapura yang dalam minggu ketiga Fasa Kedua pembukaan aktiviti ekonominya mengesahkan 158 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 45,298 kes.
Menurut data ringkas tengah hari dikeluarkan Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) hari ini, terdapat sembilan kes dalam komuniti terdiri daripada empat warga tempatan atau pemastautin tetap dan lima pemegang pas kerja.
MOH juga berkata terdapat tiga kes import dan semua mereka diberikan Notis Duduk di Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Setakat ini, Singapura mengeluarkan 92,800 SHN dengan 9,700 masih lagi aktif.
Kementerian itu berkata majoriti kes hari ini masih merupakan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 604 kes sebagai kes import, 1,982 kes komuniti dan 42,554 penghuni asrama.
Setakat 12 tengah hari semalam, 41,002 atau kira-kira 90 peratus daripada pesakit sudah pulih sepenuhnya dan didiscaj daripada hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Terdapat 219 kes disahkan masih berada di hospital semalam, dengan seorang daripada mereka dirawat di unit rawatan rapi, kata kementerian itu.
Menurut kenyataan itu lagi, 3,893 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikalnya sihat tetapi masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan ditempatkan di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 26 orang meninggal dunia di negara itu akibat komplikasi COVID-19, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020

Setakat ini, 26 orang meninggal dunia di Singapura akibat komplikasi COVID-19, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Kerja, belajar dari rumah: Aktiviti politik masih perlu bersemuka?
TATKALA ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, timbul persoalan berkenaan aktiviti politik - masih terikat cara tradisional, perlu bersemuka.

Hanya pelajar bergejala perlu jalani ujian saringan sebelum pulang ke asrama
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika ujian saringan diwajibkan kepada semua, ia melibatkan kos. Katanya, Kerajaan tidak mahu membebankan kos dan pandangan KKM menyatakan tidak perlu lakukan pada semua hanya tumpu pada yang bergejala jika terdapat jangkitan COVID-19.

SOP selama ini tidak pernah mewajibkan memakai sarung tangan - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan terdapat kekeliruan antara anggota yang menjalankan tugas dan ibu pejabat polis berhubung video tular pekerja kedai runcit disaman susulan tidak memakai sarung tangan. Ujar beliau, Polis Diraja Malaysia juga mendapati tiada arahan dikeluarkan supaya tindakan diambil jika pekerja tidak memakai sarung tangan.

Operasi kedai makan, restoran dibenarkan hingga jam 10 malam
Walaupun demikian, ia tertakluk kepada perkhidmatan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya ditamatkan esok
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdasarkan penelitian KKM, trend menunjukan penurunan dan kes terbaharu dilaporkan pada 15 Januari 2021 serta tiada lagi sampel menunggu keputusan. Bagaimanapun tegas beliau kawasan tersebut masih terikat dengan PKP seluruh Johor.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

Sidang media maya | Pendekatan politik tradisional perlu diubah
Kerja boleh dari rumah. Belajar juga boleh dari rumah. Tetapi mengapa sidang media dan program pemimpin politik perlu dibuat secara fizikal. Astro AWANI mendapatkan pandangan beberapa Ahli Parlimen yang secara umumnya bersetuju supaya pendekatan tradisional politik sebelum ini, perlu diubah tatkala COVID-19 masih menular dalam negara.

Kedai makan, restoran dibenarkan beroperasi hingga 10 malam
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah itu dibuat kerana kerajaan sentiasa mendengar keluhan dan masalah rakyat. Bagaimanapun kata beliau, dine-in atau makan di kedai masih tidak dibenarkan, sebaliknya ia kekal dengan kaedah pembungkusan dan bawa pulang.

PKP di enam negeri dilanjutkan hingga 4 Februari 2021
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Kelantan serta Sabah dilanjutkan hingga 4 Februari 2021. Jelasnya, tempoh tersebut ditambah lagi supaya semua PKP di seluruh negara tamat pada tarikh yang sama, kecuali Sarawak.

Perlekeh darurat: Bukit Aman sahkan panggil Azwan Ali untuk bantu siasatan
Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru baru ini.

Kerja, belajar dari rumah: Aktiviti politik masih perlu bersemuka?
TATKALA ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, timbul persoalan berkenaan aktiviti politik - masih terikat cara tradisional, perlu bersemuka.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Wanita lebih terkesan akibat COVID-19: Ini fokus kajian impak pandemik Ipsos
Berikut lima tumpuan tinjauan Ipsos berjudul Impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia.

COVID-19: 132 kes positif, satu kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 132 kes positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negeri itu meningkat kepada 2,702 kes.

1,781 Tabika Perpaduan laksana PdPR
Halimah berkata, kaedah PdPR dilaksanakan adalah secara lancar di seluruh TP menerusi dua kaedah berkenaan.

COVID-19: London tukar bas jadi ambulans, pindahkan pesakit
Syarikat bas Go-Ahead, bersetuju meminjamkannya bas bagi membantu memindahkan pesakit, termasuk ke Hospital London Nightingale yang baru dibuka semula.

COVID-19 di MRSM: MARA laksana SOP ditetapkan
Pihak maktab akan bekerjasama dengan pihak PKD untuk memudahkan urusan mengenalpasti kontak rapat untuk membuat saringan dan pengasingan.

COVID-19: Malaysia catat purata tertinggi bekerja dari rumah - Ipsos
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, Malaysia merekodkan 65 peratus berbanding dengan 52 peratus yang direkodkan 27 negara yang lain.

Spa, pusat refleksologi mulakan petisyen untuk dibenar beroperasi
Pemilik spa, pusat refleksologi dan pusat perapian kesihatan di Sarawak merayu kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) agar membenarkan mereka beroperasi.