awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Tanzania umum Kabinet baharu dengan 27 ahli

Bernama
Bernama
17/11/2025
21:45 MYT
Presiden Tanzania umum Kabinet baharu dengan 27 ahli
Samia Suluhu Hassan (kiri) berucap di Bangunan Parlimen di Dodoma, Tanzania, 14 Nov 2025. Turut kelihatan, Speaker Mussa Azzan Zungu. REUTERS
DAR ES SALAAM: Presiden Tanzania Samia Suluhu Hassan mengumumkan Kabinet baharu yang terdiri daripada 27 ahli pada Isnin, mengekalkan beberapa tokoh utama sambil membawa masuk muka baharu bagi portfolio strategik, lapor Xinhua.
Dalam ucapan yang disiarkan dari Rumah Negara Chamwino di ibu negara Dodoma, Hassan mengesahkan bahawa Mahmoud Thabit Kombo akan terus berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Afrika Timur.
Khamis Mussa Omar dilantik sebagai Menteri Kewangan baharu, menggantikan Mwigulu Nchemba yang baru-baru ini menyandang jawatan Perdana Menteri.
Presiden turut melantik Rhimo Simeon Nyansaho sebagai Menteri Pertahanan dan Perkhidmatan Negara, menggantikan Stergomena Lawrence yang bersara daripada perkhidmatan awam.
Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula itu, Hassan mengumumkan penubuhan sebuah kementerian baharu khusus untuk pembangunan belia, menekankan fokus kerajaan terhadap usaha memperkasa golongan muda.
Menteri baharu itu dijadual mengangkat sumpah pada Selasa di Rumah Negara Chamwino.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanzania
#kabinet baharu Tanzania
#Presiden Samia Suluhu Hassan
#Rumah Negara Chamwino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan