awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di Nilai: Marah, dendam bekas kekasih dipercayai punca suspek hasilkan IED
[TERKINI] Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela, Caracas - Laporan
Kelewatan PAT 2026: Doktor dibenar terus mengamal - MPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma - Bomba

Bernama
Bernama
17/11/2025
22:00 MYT
Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma - Bomba
Seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur, petang semalam. Usaha pencarian akan disambung pagi ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma, di sini petang semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, semasa mangsa hendak mengalih kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan susulan sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip.
Beliau berkata semasa insiden itu terdapat 13 mangsa secara keseluruhan berada di bawah jambatan itu tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa itu berjaya diselamatkan, terdiri daripada pemancing dan pekerja penambaikan paip," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan 11 malam ini dan akan disambung semula 9.30 pagi hari ini.
"Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian pagi esok," katanya dalam kenyataan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#pintasan saloma
#kepala air
#sungai klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami