BANGKOK:Thailand akan melonggarkan sekatan dan peraturan di wilayah-wilayah yang situasi pandemik COVID-19 semakin terkawal bermula 1 Feb ini.
Bagaimanapun, Samut Sakhon, pusat penularan terbaharu sejak pertengahan Disember akan kekal sebagai 'kawasan kawalan maksimum dan ketat' dengan semua sekatan kekal di wilayah itu.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata semua institusi pendidikan, pusat hiburan, venue sukan dan premis perjudian di Samut Sakhon akan kekal ditutup sehingga dimaklumkan kelak.
Beliau berkata mesyuarat agung CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha hari ini bersetuju bahawa semua institusi pendidikan di Bangkok dan 26 wilayah akan dibuka semula pada 1 Feb, selepas diarahkan tutup sejak 4 Jan.
Bilangan pelajar dihadkan kepada 25 orang sahaja bagi kawasan sangat terkawal seperti Bangkok, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan, kata beliau.
"Pusat hiburan termasuk pub, bar dan karaoke akan kekal ditutup di kawasan-kawasan sangat terkawal manakala waktu operasi restoran di wilayah berkenaan dilanjutkan hingga 11 malam," katanya pada taklimat harian COVID-19, di sini, pada Jumaat.
Bagi wilayah lain, Thaweeslip berkata sekatan dan pembukaan semula perniagaan termasuk restoran, pusat hiburan dan venue sukan berbeza-beza mengikut keadaan COVID-19 di kawasan terbabit.
Menurut beliau, lima kategori zon kawalan penyakit dilaksanakan di wilayah terbabit - kawalan maksimum dan ketat; sangat terkawal; terkawal; pengawasan maksimum dan pengawasan - bagi membendung penularan COVID-19 secara berkesan.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatatkan 802 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,023 kes manakala kes kematian pula kekal 76.
Thaweesilp berkata daripada 802 kes baharu itu, sebanyak 781 membabitkan penularan tempatan dan 21 kes import.
Bagi kes penularan tempatan itu, 692 kes adalah daripada pengesanan kes aktif dengan 686 kes di Samut Sakhon, tiga di Bangkok dan masing-masing satu di Nonthaburi, Sa Kaew dan Rayong manakala 89 kes pesakit sedang dirawat di hospital.
Penularan terbaharu di Samut Sakhon pada pertengahan Disember lepas mencatatkan 12,796 kes dan 16 kematian setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Thailand akan melonggarkan sekatan dan peraturan di wilayah-wilayah yang situasi pandemik COVID-19 semakin terkawal bermula 1 Feb ini. -Reuters
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.