awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/11/2024
01:10 MYT
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
Pemeriksaan oleh anggota MAQIS di laluan kargo pintu masuk Bukit Kayu Hitam. - Foto MAQIS Kedah
BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk 23,000 kilogram (kg) ayam sejuk beku, dianggarkan bernilai lebih RM245,640 di laluan kargo pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada Selasa lalu.
Pengarahnya, Hisham Abu Bakar, berkata pemeriksaan rapi oleh pasukan penguatkuasa menemui seberat 23,000kg keratan ayam sejuk beku mempunyai tarikh luput dan nombor perakuan yang berlainan dengan sijil halal yang diisytiharkan.
“Ini adalah pelanggaran serius di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), dan semua barang rampasan kini ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” kata dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam satu lagi kes MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904 kilogram (kg) cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati cili bernilai anggaran RM50,712 tersebut diimport tanpa Perakuan 3P, sebagaimana diwajibkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
“Pelanggaran ini melibatkan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), dan semua barangan telah dirampas untuk siasatan serta tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta 728, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga enam tahun, denda tidak melebihi RM100,000, atau kedua-duanya bagi kesalahan yang disabitkan,” jelasnya.
Hisham menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil untuk memastikan barangan pertanian yang diimport ke negara ini, termasuk tumbuhan, karkas, ikan, dan hasil pertanian, bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berbahaya.
Beliau turut menambah bahawa kerjasama antara agensi penguatkuasa adalah kunci bagi memastikan kepatuhan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk melindungi keselamatan serta kesihatan sektor pertanian negara.
Topic Berkaitan
#seludup
#maqis
#ayam sejuk beku
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan