BANGKOK:Thailand telah merekodkan sejumlah 374 jangkitan baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini ialah 12,054 dengan 70 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 364 adalah jangkitan tempatan dengan 321 melalui pengesanan kes aktif manakala 43 lagi mempunyai kaitan dengan mereka yang berkunjung ke kawasan berisiko tinggi dan 10 merupakan kes import.
Beliau berkata Thailand yang menyaksikan gelombang kedua penularan bermula pada pertengahan Disember mencatat sejumlah 7,817 kes dengan 10 kematian.
Penularan terkini itu telah merebak ke 61 wilayah.
"Kami menjangkakan lebih banyak kes COVID-19 semasa pihak berkuasa awam meningkatkan pengesanan kes aktif di kilang-kilang di beberapa wilayah," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sejak penularan virus itu pada Januari tahun lepas, Thailand telah mencatatkan sejumlah 12,054 kes COVID-19 yang menyaksikan 9,777 adalah jangkitan tempatan termasuk 3,707 menerusi pengesanan kes aktif dan 2,277 merupakan mereka yang pulang dari luar negara.
Thaweesilp turut meluahkan kebimbangan dengan pekerja asing tidak berdokumen yang mengelak menjalani ujian saringan COVID-19 susulan khuatir tindakan perundangan diambil terhadap mereka kerana kumpulan itu boleh menyebarkan virus berbahaya tersebut.
"Kami menganggarkan sejumlah 50,000 pekerja asing haram di negara ini dan mereka berpotensi menyebarkan virus itu jika mengelak melakukan ujian saringan COVID-19 semasa pengesanan kes aktif," katanya.
Bagi mengekang penularan COVID-19, Thailand telah membenarkan pekerja migran tidak berdokumen dari Kemboja, Laos dan Myanmar memohon permit kerja tanpa penalti bagi membolehkan pihak berkuasa memantau kesihatan mereka.
Mereka dibenarkan bekerja di negara itu secara sah sehingga Februari 2023.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayut Chan o-Cha memberi jaminan bahawa pihak berkuasa tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru dalam meluluskan vaksin COVID-19.
Menurut portal berita Bahasa Inggeris The Nation, Prayuth enggan membiarkan rakyat Thailand dijadikan sebagai bahan uji kaji.
"Saya mempunyai satu dasar yang penting iaitu memastikan vaksin tersebut adalah selamat dan boleh digunakan oleh rakyat Thailand," katanya.
Thailand dijangka menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 daripada syarikat Sinovac Biotech dari China pada Februari.
Penghantaran pertama sebanyak 200,000 dos dijangka tiba pada akhir Februari manakala 800,000 dos pada akhir Mac dan sejuta dos lagi pada akhir April.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
Thailand dijangka menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 daripada syarikat Sinovac Biotech dari China pada Februari. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.