BANGKOK:Thailand merekodkan 930 kes baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kepada 17,953 dengan 77 kematian.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata kematian itu membabitkan pekerja Myanmar berusia 31 tahun di wilayah Samut Sakhon.
Menurut Dr Panprapa, daripada 930 kes baharu, sebanyak 916 kes adalah penularan tempatan dan 14 kes import membabitkan tiga warga Thai yang memasuki negara itu dari Malaysia.
Bagi kes penularan tempatan, 889 kes adalah daripada pengesanan kes aktif dengan 865 di Samut Sakhon, Samut Prakan (18), Maha Sarakham (empat), dan masing-masing satu di Bangkok dan Rayong manakala 27 kes sedang dirawat di hospital.
"Setakat ini, sebanyak 6,371 pesakit masih mendapatkan rawatan di hospital dan pelbagai fasiliti, termasuk hospital lapangan," katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menggesa orang ramai agar terus mematuhi protokol keselamatan kesihatan untuk menghentikan penularan COVID-19 susulan pelonggaran sekatan, termasuk pembukaan semula institusi pendidikan di Bangkok dan 27 wilayah lain, bermula Isnin depan (1 Feb).
"Perniagaan akan dibenarkan beroperasi semula agar kehidupan rakyat kembali normal...Perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Ia adalah tanggungjawab semua," katanya seperti dipetik dalam Bangkok Post.
Prayuth berkata CCSA akan terus memantau keadaan COVID-19 secara efektif di negara itu setiap hari untuk mencegah penularan wabak berkenaan.
Semalam, CCSA telah meluluskan kelonggaran langkah-langkah dan penentuan kawasan pada lima tahap, iaitu kawalan maksimum dan ketat; sangat terkawal; terkawal; pengawasan maksimum dan pengawasan berkuat kuasa Isnin.
Samut Sakhon, pusat penularan wabak semasa sejak pertengahan Disember lepas, kekal sebagai 'kawasan kawalan maksimum dan ketat' dengan semua sekatan kekal di wilayah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 30 2021
Thailand merekodkan 930 kes baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.