BANGKOK: Thailand mencatat 2,438 kes baharu COVID-19 dengan 11 kematian, yang merupakan angka kematian harian tertinggi, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 55,460 kes dengan 140 kematian semasa pihak berkuasa mengenakan lebih banyak sekatan bagi mengekang penularan pandemik itu.
Ini merupakan hari ketiga berturut-turut Thailand merekodkan kes harian COVID-19 melebihi angka 2,000 meskipun pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha bagi menangani penularan terburuk pandemik itu di negara tersebut setakat ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,151 adalah jangkitan tempatan termasuk 282 yang dikenal pasti melalui pengesanan aktif manakala lima merupakan kes import.
Beliau berkata terdapat 24, 207 orang masih dirawat di hospital termasuk 19, 274 di hospital biasa dan 4,933 di hospital medan dengan 510 orang berada dalam keadaan serius manakala 142 memerlukan bantuan pernafasan.
"Gelombang ketiga telah merekodkan sejumlah 26,597 kes dengan 46 kematian sejak 1 April," katanya semasa taklimat harian COVID-19 hari ini.
Beliau berkata kematian baharu membabitkan mangsa berusia lingkungan 27 hingga 70 tahun termasuk seorang wanita berumur 32 tahun yang sedang hamil 25 minggu dari Bangkok.
Taweesin juga berkata Thailand akan memperlahankan pengeluaran dokumen perjalanan untuk rakyat asing yang melakukan perjalanan dari India susulan varian baharu B.1.617 yang pertama kali dikesan di negara itu (India) pada Oktober.
Bagaimanapun, beliau berkata 131 rakyat Thailand di India yang telah mendaftar untuk melakukan perjalanan ke Thailand pada Mei akan dibenar memasuki negara itu.
Bagi mengekang penularan COVID-19 di ibu negara Thailand, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah mengarahkan penutupan venue awam dan premis sukan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu berkuat kuasa dari Isnin hingga 9 Mei depan.
Jurucakap BMA Pongsakorn Kwanmuang berkata sejumlah 31 venue dan perniagaan termasuk pusat spa, gimnasium, kolam renang, pusat jagaan kanak-kanak, pawagam, taman awam, zoo, muzium, perpustakaan, taman hiburan, klinik kecantikan dan padang sukan akan ditutup.
Katanya semua aktiviti sosial dan keagamaan, penerbitan filem, serta perhimpunan yang menyaksikan lebih 20 peserta turut dilarang.
Selain itu, semua institusi pendidikan dan kelab malam akan kekal ditutup sehingga bulan depan manakala penjualan alkohol di restoran turut dilarang.
Bangkok dan sekurang-kurangnya 40 wilayah di negara itu mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Sehingga kini, Thailand belum mengenakan perintah kawalan pergerakan atau perintah berkurung susulan penularan terkini di negara itu. Bagaimanapun, sesetengah gabenor wilayah menetapkan sekatan mereka sendiri.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah membenarkan gabenor wilayah mempertimbang langkah mengenakan perintah berkurung di sesetengah kawasan dan menutup premis sebagai tambahan kepada arahan penutupan oleh kerajaan.
"Jika pandemik semakin memburuk, tempoh kuarantin 14 hari bagi pesakit tidak bergejala yang dirawat di hospital mungkin dikurangkan kepada 10 hari bagi membolehkan mereka menjalani kuarantin kendiri di rumah dengan sistem pengesanan," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook seperti yang dipetik oleh Bangkok Post.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021
Thailand mencatat 2,438 kes baharu COVID-19 dengan 11 kematian, yang merupakan angka kematian harian tertinggi. - Gambar fail/REUTERS
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.