Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand hari ini mengumumkan rancangan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat selama sebulan lagi, sehingga akhir Julai bagi mengekang gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu.
Walaupun negara berkenaan merekodkan hari ke-31 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan COVID-19, Setiausaha Agung NSC Jeneral Somsak Roongsita berkata keadaan di seluruh dunia tetap menjadi kebimbangan.
"Memandangkan Thailand akan membuka kembali perniagaan dan tempat berisiko tinggi seperti pusat hiburan dan sekolah bermula 1 Julai, terdapat keperluan untuk mengawal secara berkesan serta mencegah penularan wabak itu sekali lagi dalam negara ini.
"Kita perlu mencegah gelombang kedua COVID-19 di Thailand," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis
Pelanjutan perintah darurat berkenaan perlu mendapat kelulusan Kabinet pada Selasa depan.
Perintah darurat akan berakhir pada 30 Jun. Setakat ini, Thailand telah melanjutkan tiga kali perintah darurat.
Perintah darurat pertama kali diisytiharkan bermula 26 Mac hingga 30 April dan dilanjutkan sehingga 31 Mei untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Somsak menegaskan bahawa alasan negara itu melanjutkan tempoh darurat adalah untuk menjaga keselamatan kesihatan.
"Ini tidak ada kena mengena dengan politik," katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa pemimpin pembangkang telah menggesa kerajaan supaya menamatkan perintah darurat kerana mendakwa perintah itu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menghalang orang ramai berkumpul secara besar-besaran dan mengekang kebebasan yang lain.
Somsak yang mempengerusikan mesyuarat mengenai pelonggaran sekatan dan langkah-langkah COVID-19 berkata jawatankuasa itu mencadangkan untuk melanjutkan perintah darurat yang akan berakhir pada 30 Jun.
Thailand merupakan negara pertama di luar China yang melaporkan kes COVID-19 pada 13 Jan.
Negara itu memulakan fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei, iaitu melibatkan enam jenis perniagaan dan tempat dibuka semula manakala fasa kedua bermula 17 Mei dan fasa ketiga pada 1 Jun.
Apabila keadaan COVID-19 dalam negara itu semakin pulih, Thailand melaksanakan fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei, diikuti fasa kedua pada 17 Mei, fasa ketiga (1 Jun) dan fasa keempat (15 Jun) serta fasa kelima dan terakhir pada 1 Julai.
Sementara itu, Thailand melaporkan satu kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam iaitu seorang pelajar warganegaranya yang pulang dari Mesir, menjadikan jumlah keseluruhan 3,158 kes dengan 58 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
Setakat ini, Thailand telah melanjutkan tiga kali perintah darurat. - Gambar fail
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.