BANGKOK:Thailand tidak berdepan gelombang baharu pandemik COVID-19 meskipun peningkatan jumlah kes jangkitan virus itu dikaitkan dengan rakyat Thailand yang kembali dari pekan Tachileik di sempadan Myanmar, kata seorang pegawai kanan kesihatan.
Pengara Jabatan Kawalan Penyakit Dr Sophon Iamsirithaworn berkata sejumlah 23 kes COVID-19 termasuk 11 di Chiang Rai, Chiang Mai (lima), Bangkok (tiga) serta masing-masing satu di Phichit, Phayao, Ratchaburi dan Sing Buri telah dikaitkan dengan pusat hiburan di Tachileik sejak akhir bulan November.
"Kami bukan berdepan gelombang kedua COVID-19 kerana kebanyakan kes diimport dari negara jiran (Myanmar). Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua kes jangkitan tempatan dilaporkan dan kami berjaya mengesan kontak rapat mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.
Pada 28 Nov lepas, seorang wanita rakyat Thailand yang kembali dari Myanmar dan mengelak pusat pemeriksaan serta kuarantin wajib telah diuji positif COVID-19 beberapa hari selepas itu.
Susulan pengesanan kontak, pihak berkuasa kesihatan awam mendapati terdapat lebih ramai wanita Thailand yang menyeberangi sempadan itu dan mengelak kuarantin wajib.
Setakat ini, Thailand telah melaporkan sejumlah 4,086 kes COVID-19 dengan 60 kematian.
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, sejumlah 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan termasuk satu jangkitan tempatan membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah pusat kuarantin alternatif negara (ASQ) di Bangkok
Daripada 14 kes baharu itu, tiga adalah rakyat Thailand yang memasuki negara itu dengan menyeberangi sempadan iaitu seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah pusat hiburan di Tachileik, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun yang melakukan perjalanan ke Mae Sai di Chiang Rai.
Sementara itu, Gabenor Chiang Rai Prajon Prachsakul berkata sembilan lagi kes COVID-19 telah dilaporkan di wilayah tersebut dan tidak termasuk dalam jumlah pada Ahad.
Beliau berkata kesemua pesakit baharu terdiri daripada wanita rakyat Thailand berusia lingkungan 20 hingga 44 tahun serta bekerja di pusat hiburan yang sama di Tachileik dan kembali ke negara itu secara sah.
"Kesemua pesakit baharu tinggal dan bekerja di venue sama dengan kes-kes yang telah disahkan sebelum ini yang kembali dari Tachileik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 06 2020
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, sejumlah 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan termasuk satu jangkitan tempatan membabitkan seorang wanita yang bekerja di ASQ di Bangkok. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.