awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2021
23:20 MYT
COVID-19: AS tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron
Rochelle Walensky bercakap mengenai COVID-19 di Capitol Hill, Washington, AS, 4 Nov 2021. - Gambar fail REUTERS
AMERIKA Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron dikesan di negara itu setakat ini.
Data ini didedahkan Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Dan Pencegahan (CDC) AS Dr Rochelle Walensky.
Menurutnya, varian Delta kekal mendominasi jangkitan COVID-19 di negara itu.
"Kami meneliti secara aktif kes jangkitan berkaitan varian Omicron di Amerika Syarikat. Setakat ini tiada bukti varian berkenaan dikesan di sini.
"Varian Delta kekal sebagai varian yang mendominasi, ia mewakili 99.9% jangkitan yang dikesan," katanya.
Sementara itu, Ketua Penasihat Kesihatan White House Dr Anthony Fauci memaklumkan, sehingga Selasa, sejumlah 226 kes varian Omicron dikesan di 20 negara.
Jumlah ini menurut beliau adalah peningkatan yang dianggap terlalu pantas.
"Setakat semalam, kes yang disahkan adalah 205 di 18 negara dan pagi ini, ia naik ke 226 kes di 20 negara. Paling penting anda akan jangkakan nombor ini bergerak dengan pantas.
"Namun, ia belum dikesan di AS," kata Fauci.
Jepun dan Perancis melaporkan kes jangkitan pertama melibatkan varian Omicron.
Data terbaharu juga mendedahkan varian berkenaan sudah berada di Eropah seminggu sebelum Afrika Selatan melaporkan mengenai varian baharu berkenaan.
Walensky dan Fauci juga membangkitkan kepentingan untuk suntikan penggalak vaksin COVID-10, biarpun belum terbukti vaksin sedia ada berkesan menangani varian Omicron.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Omicron
#Anthony Fauci
#Rochelle Walensky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan