PENGHANTARAN pertama vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat akan bermula pagi Ahad.

Ia akan dibawa dari kilang pembuatan Pfizer di Michigan.

Pada awalnya, dijangkakan sebanyak tiga juta dos vaksin akan dihantar ke seluruh negara.

Jumlah yang sama juga akan diedarkan kepada penerima vaksin untuk dos kedua yang diperlukan untuk perlindungan penuh daripada COVID-19.

Penghantaran pertama akan meninggalkan kilang pembuatan Pfizer di Kalamazoo, Michigan dengan trak dan kemudian diterbangkan ke hab serantau Amerika.

Pengedar perubatan Mckesson dan rantaian farmasi termasuk CVS dan Rite-Aid juga terlibat dalam pengedaran vaksin di pusat-pusat jagaan.