TURKI mengumumkan langkah lebih ketat untuk mengekang koronavirus susulan peningkatan kes jangkitan di bandar berisiko tinggi di seluruh negara.

Menurut Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Isnin, perintah berkurung akan dikenakan pada hujung minggu di bulan Ramadan.

Sementara itu, restoran hanya akan dibenarkan mengambil pesanan makanan untuk penghantaran dan dibawa pulang. 

Perintah berkurung dari jam 9 malam hingga 5 pagi akan diteruskan di seluruh negara.

Turki merekodkan 32,404 kes harian baharu pada Isnin, kes tertinggi bagi tahun ini, menurut data Kementerian Kesihatan.

Jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 3,240,577 sementara kes kematian harian terkini adalah 154.

Istanbul, bandar terbesar di Turki, dan ibu kota Ankara, adalah antara bandar berisiko tinggi, kata Erdogan.

Tambahnya, 80 peratus daripada hampir 84 juta penduduk negara itu tinggal di bandar-bandar berisiko tinggi.