LONDON: United Kingdom menangguhkan tarikh melonggarkan sekatan COVID-19 selama sebulan iaitu sehingga 19 Julai.

Menurut Perdana Menterinya, Boris Johnson, keputusan dibuat susulan penularan varian Delta yang semakin membimbangkan.

Mengikut perancangan sebelum ini sekatan melibatkan penjarakan sosial akan dilonggarkan bermula 21 Jun.

Namun ia akan dilanjutkan, dan ini juga bagi memberi lebih ruang kepada individu divaksin.

"Kita tidak boleh meneruskan dengan empat langkah yang diumumkan pada 21 Jun ini, walaupun ada kemungkinan virus akan melepasi vaksin dan ribuan lagi kematian berlaku, yang boleh dielakkan atau pilihan lain adalah memberikan beberapa minggu tambahan untuk membolehkan vaksin diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Hari ini saya boleh katakan kita sudah memenuhi empat langkah tetapi adalah lebih baik untuk menunggu lebih lama," kata Johnson.

Saintis sebelum ini memberi amaran, kemungkinan peningkatan kes kritikal pesakit COVID-19 sekiranya sekatan dilonggarkan bermula 21 Jun.

Kata Johnson, penangguhan ini akan diteliti semula selepas dua minggu.