awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Wabak koronavirus masih belum berakhir - Fauci

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2022
00:45 MYT
COVID-19: Wabak koronavirus masih belum berakhir - Fauci
Dr Anthony Fauci berkata, Amerika Syarikat telah keluar daripada fasa penuh wabak COVID-19. - Gambar fail
PAKAR penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci berkata, walaupun Amerika Syarikat (AS) sedang melalui fasa akut pandemik koronavirus, ia tidak bermakna wabak itu telah berakhir kerana virus itu akan terus bermutasi.
"Ia sama sekali belum berakhir," katanya ketika hadir pada sesi perbincangan dengan Kelab Akhbar Nasional di Washington DC pada Jumaat.
"Varian Delta datang dari India dan Omicron dari Afrika Selatan. Dan sekiranya virus terus mereplikasi di merata dunia, sentiasa ada ancaman varian baharu yang akan muncul dan sampai ke AS.
"Jadi, cara terbaik untuk menghalang wabak itu daripada bermutasi hanyalah dengan menghentikannya daripada mereplikasi," tambahnya.
Fauci berkata, AS telah keluar daripada fasa penuh wabak itu.
Kes COVID-19 ketika ini berada pada tahap lebih rendah berbanding beberapa bulan lalu dan dua pertiga penduduk AS telah diberikan vaksin.
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa pemakaian pelitup muka kini tidak lagi relevan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Anthony Fauci
#Amerika Syarikat
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan