awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 27 warga emas meninggal dunia selepas sertai parti di Belgium

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2021
02:45 MYT
COVID-19: 27 warga emas meninggal dunia selepas sertai parti di Belgium
Saudara mara penghuni rumah jagaan Hemelrijck dilihat di luar pusat jagaan orang tua itu di Mol, Belgium, 2 Jan, 2021. (Foto AP)
PIHAK berkuasa di Belgium mengesahkan warga emas yang ke-27 meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di rumah jagaan di Mol, Belgium, pada Sabtu.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas terkena jangkitan 'super-spreader' virus COVID-19 selepas menyertai parti Saint Nicholas pada 4 Disember lalu.
Selepas parti di Rumah Jagaan Hemelrijck itu, 88 kes jangkitan direkodkan dalam kalangan penghuninya sementara 42 kes melibatkan kakitangan.
Keluarga mangsa menyelar tindakan rumah jagaan itu yang tidak seharusnya mengadakan parti tersebut apabila langkah sekatan sedang dikuatkuasakan di seluruh negara untuk mencegah penularan.
Setakat ini, rumah persaraan itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes tersebut.
St Nicholas disambut secara tradisi setiap 6 Dis untuk memberi hadiah kepada satu sama lain dan dianggap lebih penting di kalangan kanak-kanak di Belgium, berbanding Santa Claus pada 25 Dis, yang biasanya melibatkan perhimpunan keluarga.
Pada mulanya, salah seorang pelakon kumpulan St Nick dianggap sebagai punca wabak itu, tetapi penyelidikan selanjutnya tidak dapat disimpulkan sepenuhnya.
Belgium mempunyai 19,528 kes kematian akibat koronavirus dan kebanyakan mereka yang maut adalah dari rumah jagaan.
Topic Berkaitan
#Belgium
#warga emas
#COVID-19
#koronavirus
#Saint Nicholas
#Rumah jagaan Hemelrikck
#parti
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan