DUNIA
COVID-19: Angka kematian global lebih 907,000

Anggota keluarga menguruskan kematian seorang pesakit COVID-19 di New Delhi, India, 8 Julai, 2020. - Gambar fail REUTERS
ANGKA kematian global akibat COVID-19 meningkat lebih 9,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif bilangan yang maut akibat COVID-19 kini mencecah 907,377.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 191,000 kes
Ini diikuti Brazil dengan 129,000 kes.
Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan angka korban COVID-19 masing-masing dengan 75,000 dan 69,000 kes.
Manakala, United Kingdom 41,000 kes .
Itali, Perancis dan Peru pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.
Sepanyol dan Iran pula merekodkan angka lebih 29,000 dan 22,000 kes korban.
Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami