Skip to main content

Dunia

COVID-19: Angka kematian seluruh dunia cecah 446,000

71590569001_ParqueTarumacemete.jpg
ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini lebih 446,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 117,000 kes.




Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 45,000 dan 42,000 kes korban pandemik itu.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes maut.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 18,000 kes.

Advertisement

Must Watch Video