ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.09 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 609,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 542,000 kes, India lebih 414,000 kes, Mexico lebih 236,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan menghampiri 75,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia.

Thailand pula dengan lebih 3,000 angka korban.