awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Brazil cecah rekod 300,000 kematian

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2021
00:23 MYT
COVID-19: Brazil cecah rekod 300,000 kematian
Jair Bolsonaro ketika hadir pada taklimat langkah ekonomi dalam menyokong perkhidmatan hospital di Istana Presiden Planalto, Brasilia, 25 Mac, 2021. (Foto AP)
KETIKA banyak negara dunia sudah menjalankan program vaksinasi secara mega dan menikmati keberkesanannya, Brazil terus mencatat pertambahan angka kematian akibat COVID-19.
Negara Amerika Latin itu kini merekodkan 300,000 kematian akibat koronavirus itu, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.
Dalam tempoh sehari sahaja, Brazil mencatat 3,251 kematian, paling banyak dicatatkan sejak pandemik bermula lebih setahun lalu.
Jumlah itu adalah satu pertiga bilangan kematian kumulatif global yang kini berjumlah lebih 2.7 juta.
Presiden Jair Bolsonaro mempersalahkan varian baharu sebagai penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang sudah mendapat persetujuan penggunaan lebih 5 juta dos vaksin.
Bagaimanapun, ramai mengkritik bahawa program vaksinasi Brazil berjalan dengan sangat perlahan.
Terdapat kes di mana penerima terpaksa menunggu sehingga sehari sebelum mendapat suntikan sebagaimana dijadualkan.
Brazil juga berdepan masalah logistik dan kemudahan kesihatan di mana katil-katil di hospital sudah tidak boleh menampung pesakit kerana digunakan secara maksimum.
Malah, alat pernafasan dan kemudahan lain juga tidak mencukupi untuk digunakan, baik untuk pesakit COVID-19 mahu pun bukan COVID.
Sehingga Khamis, Brazil mencatat 12.22 juta kes COVID-19 dengan 300,685 kematian.
Topic Berkaitan
#Brazil
#COVID-19
#koronavirus
#kesihatan
#varian baharu
#vaksin
#pandemik
#program vaksinasi
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan