AMSTERDAM: Pakar virologi kini menyuarakan kebimbangan terhadap kemunculan satu lagi varian Omicron yang didakwa menular dengan lebih cepat selepas Belanda menjadi negara terbaharu mengesan subvarian tersebut yang digelar ‘Centaurus’.
“Ia telah dikenal pasti di Amsterdam,” kata Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda dalam satu kenyataan.
Ketika ini, sebahagian saintis khuatir jika ‘Centaurus’ atau subvarian B.A.2.75 tersebut ‘lebih kebal’ hingga menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.
Namun, masih belum terdapat bukti jelas ia menyebabkan penyakit lebih serius berbanding versi asal Omicron.
“Hanya sedikit yang diketahui tentang BA.2.75 walaupun ia dipercayai dapat menembusi ‘pertahanan’ sedia ada terhadap SARS-CoV-2 melalui perubahan kecil dan spesifik,” kata pakar terkemuka COVID-19.
Minggu lalu, Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan mengesahkan mereka sedang mengawasi strain tersebut dengan teliti, namun terdapat urutan terhad untuk dianalisis.
“Subvaian ini nampaknya mengalami beberapa mutasi dan kita perlu memantau perkembangannya. Masih terlalu awal untuk menentukan ia boleh menangkis imuniti dan tahap keterukannya,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Institut Kesihatan Global di Universiti Geneva, Antoine Flahault berkata, penularannya di India mungkin menunjukkan ia lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.5 yang telah memacu gelombang kes jangkitan di Eropah dan AS.
“Ia telah menjadi strain dominan di India. Persoalannya, adakah ia berupaya menjadi varian dominan di seluruh dunia?” ujarnya lagi sambil merujuk kepada varian Delta yang pada mulanya menjadi dominan di negara Asia Selatan tersebut sebelum merebak secara meluas ke negara lain.
Info:
- Subvarian, BA.2.75 pertama kali dikesan di India pada Mei lalu dan telah merebak ke kira-kira 10 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman dan Australia.
- Penularannya lebih pantas berbanding varian BA.5 dan kini menggantikan BA.2 yang menjadi varian dominan di kebanyakan negara.
- Pada 7 Julai lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) mentakrifkan ia sebagai ‘varian dalam pemantauan’, mungkin lebih mudah berjangkit atau dikaitkan dengan penyakit lebih teruk, namun belum ada bukti kukuh dapat menyokongnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 15 2022

Pakar berpendapat masih terlalu awal untuk menentukan tahap sebenar ancaman subvarian tersebut. - Foto Sinar Harian
![AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007874/33867771591675432059566_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Peruntukan tahunan Ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. - Sekolah pagi bermula jam 8, bukan jadi keutamaan. - Penjara Sungai Buloh semakin sesak, melebihi kapsiti maksimum. - Suhakam bimbang kebajikan 36 kanak-kanak di Depoh Imigresen Lenggeng. #AWANInews

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.

Turkiye sasar 60 juta ketibaan pelancong asing tahun ini
Turkiye menyasarkan 60 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa.

Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada.

China sahkan situasi COVID-19 semakin reda, berada pada 'tahap rendah'
Keadaan wabak di seluruh negara telah memasuki tahap rendah dan situasi wabak di pelbagai tempat kekal stabil dalam trend menurun.

Perancis lanjutkan ujian COVID-19 bagi pelancong dari China
Pihak berkuasa berkata, ujian rambang akan dijalankan dan individu yang didapati positif perlu mengasingkan diri.

COVID-19: Jepun tarik balik arahan pemakaian pelitup muka
Perubahan itu akan bermula secara rasmi pada awal Mei.

Mekanisme subsidi bersasar beri sokongan kepada fiskal Malaysia - Rafizi
Kedudukan fiskal Malaysia akan bertambah baik apabila kerajaan beralih kepada subsidi bersasar yang tidak mempunyai ketirisan.

Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal