SUNTIKAN dua dos vaksin COVID-19 didapati berkesan melawan virus varian India seperti mana keberkesanannya terhadap varian United Kingdom (UK).
Menteri Kesihatan Britain Matt Hancock berkata, data tersebut merupakan satu kejayaan yang diharap mendorong kerajaan untuk memansuhkan lebih banyak sekatan COVID-19 bulan depan.
Kajian dijalankan Public Health England (PHE) mendapati, vaksin Pfizer-BioNTech berkesan 88 peratus melawan penyakit simptomatik akibat jangkitan varian B.1.617.2 dua minggu selepas selepas dos kedua.
Ia berbanding keberkesanan 93 peratus terhadap mutasi B.1.1.7 atau 'Kent' yang merupakan varian COVID-19 yang dominan di UK.
Pada masa sama, menurut PHE, dua dos vaksin AstraZeneca didapati berkesan 60 peratus terhadap varian India itu berbanding 66 peratus terhadap varian Kent.
"Saya semakin yakin bahawa kita berada di landasan yang betul mengikut perancangan, kerana data menunjukkan, vaksin ini, selepas dua dos, berfungsi dengan berkesan (terhadap varian India)," kata Hancock.
Di bawah rancangan kerajaan, pemansuhan baki sekatan COVID-19 akan dilaksanakan mulai 21 Jun.
Britain telah melancarkan program vaksinasi terpantas di Eropah namun menghadapi cabaran baharu daripada varian India.
Data diterbitkan Sabtu lalu menunjukkan, kes COVID-19 baharu dilaporkan di Britain meningkat 10.5 peratus dalam masa tujuh hari hingga 22 Mei.
PHE mengatakan, dos pertama kedua-dua vaksin tersebut 33 peratus berkesan terhadap penyakit simptomatik dari B.1.617.2 selepas tiga minggu, lebih rendah berbanding keberkesanan 50 peratus melawan B.1.1.7.
Ia menunjukkan, kata Hancock, mendapatkan kedua-dua dos vaksin itu sangat penting.
Astro Awani
Mon May 24 2021

Matt Hancock ketika ditemui di luar Downing Street, London, Britain, 20 Mei, 2021. REUTERS

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

China tolak adakan rundingan selepas 'belon' ditembak jatuh - Pentagon
Beijing menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.

6 maut, 9 cedera van terbabas ketika turun Genting Highlands
Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di sini, pada Rabu.

Dewan Rakyat | Semua ‘backbencher’ disaran sertai jawatankuasa khas
Semua Ahli Parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan eksekutif disaran untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Gempa Turkiye | Agong seru rakyat Malaysia salur bantuan kemanusiaan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia salurkan bantuan kemanusian kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Angka korban di Turkiye dan Syria melepasi 8,700
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 8,700 setakat ini.

Dakwaan Nepotisme | Johari nafi anak memegang sebarang jawatan kerajaan
Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataannya bahawa tiada sebarang pelantikan jawatan kerajaan dibuat ke atas anaknya, Mohammed Iqbal setakat ini, sekali gus menafikan beliau mengamalkan nepotisme.

Perak harap peruntukan RM3 billion dimasukkan dalam Belanjawan 2023
Peruntukan itu antaranya untuk menaik taraf di laluan Jalan Raya Timur-Barat serta menyelesaikan masalah kekurangan katil di HRPB.

WEF2023: Tengku Zafrul bertemu lembaga pengarah AstraZeneca
Pertemuan itu berkisar mengenai potensi untuk AstraZeneca meluaskan operasi di Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mana-mana vaksin penggalak lebih baik dari tiada - Khairy
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.

KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
KKM akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

Borang e-consent lancarkan proses suntikan booster - Irmohizam
Pengarah Urusan WTC Kuala Lumpur, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, pada kali ini dengan adanya borang persetujuan secara dalam talian, proses untuk mendapatkan vaksin lebih lancar dan pantas.

PPV Integrasi WTCKL sedia beroperasi esok
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bersedia sepenuhnya untuk beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi bagi PICK-B.

WTCKL kembali beroperasi sebagai PPV Mega, 9,000 dos penggalak AZ diberi setiap hari
WTCKL akan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi dos penggalak AstraZeneca bermula 15 Januari ini sehingga 15 Mac 2022.

Vaksin COVID-19: Sela masa dos penggalak disingkatkan kepada 3 bulan - Khairy
Semua warga emas berumur 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin (Pfizer, AZ dan CoronaVac) amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak.