Skip to main content

Malaysia

Empat rumah terbakar dipercayai dibaling bom petrol - Polis

Melawat tapak kebakaran akibat serangan bom petrol (molotov cocktail) yang dipercayai dilakukan oleh anasir-anasir "ahlong" di Jalan Indah 12/12, Bukit Indah. Jenayah ganas ini dilakukan buat kali kedua pada 9 Mei selepas penjahat melakukan perbuatan yang sama sehari sebelumnya. Dalang di sebalik jenayah ini dipercayai sindiket ahlong Singapura.
Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - Facebook Liew Chin Tong

ISKANDAR PUTERI: Polis menerima laporan berkaitan empat kediaman di Bukit Indah di sini yang terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol (molotov cocktail) dalam kejadian pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kenyataan ringkas memaklumkan polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong meluangkan masa ke lokasi kejadian yang dipercayai dilakukan sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) dari Singapura.

Liew dalam hantaran Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Balai Bukit Indah Inspektor J.M Alvin Sudesshen yang bertindak pantas sebaik menerima laporan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling menyokong inisiatif penduduk setempat dalam mewujudkan kemudahan keselamatan dan menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mereka yang terjejas serta memaklumkan tindakan susulan akan diambil.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video