awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Fauci disuntik, tingkatkan kesedaran rakyat terhadap vaksin

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
22:00 MYT
COVID-19: Fauci disuntik, tingkatkan kesedaran rakyat terhadap vaksin
Dr Anthony Fauci menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama dengan pakar kesihatan persekutuan lain. -Gambar fail
WASHINGTON:Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama dengan pakar kesihatan persekutuan lain yang membantu mengawasi perkembangan vaksin di negara itu.
Vaksinasi pada Selasa di Kampus Institut Kesihatan Nasional, Washington adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang lebih luas untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh pengawal selia AS.
"Ini, yang kita lihat sekarang adalah puncak penelitian selama bertahun-tahun yang menyebabkan fenomena belum pernah terjadi sebelum ini.
“Itu adalah dari kesedaran bahawa kita berhadapan dengan patogen baru, virus yang digambarkan pada bulan Januari tahun ini, kurang dari satu tahun kemudian untuk mempunyai vaksin yang dimasukkan ke tangan begitu banyak orang, termasuk saya," katanya.
Fauci menerima suntikan pertama dos vaksin bersama Pengarah NIH, Dr Francis Collins dan Setiausaha Kesihatan, Alex Azar.
Masing-masing menerima vaksin yang dibangunkan bersama oleh NIH dan pembuat ubat Massa-Chusetts, Moderna.
Bersama dengan suntikan serupa dari Pfizer, AS berusaha untuk meningkatkan usaha vaksinasi terbesar dalam sejarahnya untuk mengalahkan wabak yang telah mengorbankan hampir 320,000 nyawa di negara itu.
Kedua-dua vaksin ini mempunyai perlindungan kuat dan dibangunkan dalam waktu kurang dari satu tahun setelah koronavirus muncul.
Enam pekerja penjagaan kesihatan dari hospital penyelidikan NIH juga menerima suntikan vaksinasi pada majlis tersebut.
Anggota kongres dan pegawai tinggi kerajaan lain telah berada dalam kelompok pertama rakyat AS yang disuntik vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#AS
#COVID-19
#virus
#Anthony Fauci
#kesihatan
#vaksin
#Francis Collins
#koronavirus
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan