awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital di Missouri dilanda peningkatan jumlah pesakit

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2021
01:26 MYT
COVID-19: Hospital di Missouri dilanda peningkatan jumlah pesakit
Keadaan di sebuah wad pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan CoxHealth di Springfield, Missouri, 16 Julai, 2021. (Foto AP)
VARIAN Delta yang merebak dengan cepat menyebabkan peningkatan kemasukan ke hospital di Missouri, Amerika Syarikat.
CoxHealth, yang mengendalikan enam hospital di Missouri, merawat 170 pesakit ketika kemuncak musim sejuk.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden CoxHealth Steve Edwards menjangkakan menerima sekurang-kurangnya 240 pesakit COVID-19 sehari untuk tempoh dua minggu ini.
Jelasnya, kebanyakan pesakit COVID-19 yang dirawat kali ini adalah terdiri daripada golongan muda.
"Lebih muda, lebih sakit, lebih cepat, begitu yang saya sifatkan mereka. Kami mempunyai banyak pesakit yang lebih muda. Pesakit kanak-kanak dimasukkan ke hospital. Dan ramai yang berusia 20-an.
"Banyak juga wanita hamil yang terpaksa memasuki wad kecemasan dan melakukan pembedahan caesarean untuk menyelamatkan bayi dan menyelamatkan ibu," katanya pada Jumaat.
Kes COVID-19 dilaporkan meningkat mendadak di Missouri.
Tiga minggu lalu, jumlah purata pesakit setiap hari adalah kurang daripada 120 orang.
Jabatan Kesihatan Negeri pada Jumaat melaporkan 1.834 kes baru dan tujuh kematian.
Angka mereka yang masuk ke hospital terus meningkat kepada 1,357, termasuk 425 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#pesakit
#Amerika Syarikat
#ICU
#bayi
#Kanak-kanak
#unit rawatan rapi
#CoxHealth
#Missouri
#Steve Edwards
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan