awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: India beri vaksin percuma untuk semua orang dewasa mulai 21 Jun

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
23:55 MYT
COVID-19: India beri vaksin percuma untuk semua orang dewasa mulai 21 Jun
Petugas kesihatan berpakaian PPE menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas seorang wanita di sebuah stesen kereta api di Mumbai, India, 17 Mac, 2021. - Gambar fail REUTERS
INDIA akan memberikan vaksin COVID-19 percuma kepada semua orang dewasa, kata Perdana Menteri Narendra Modi pada Isnin.
Ia mengubah dasar yang diperkenal pada April supaya kerajaan negeri dan sektor swasta bertanggungjawab memvaksinasi individu berusia 18 hingga 44 tahun.
"Mulai Isnin 21 Jun, di semua negeri di negara ini, untuk semua warganegara berumur 18 tahun ke atas, kerajaan India akan memberikan vaksin percuma kepada negeri-negeri.
"Kerajaan India akan memperoleh 75 peratus vaksin yang dihasilkan oleh kilang pengeluar dan memberikannya kepada negeri secara percuma," katanya.
Selebihnya 25 peratus akan dibeli oleh sektor swasta, tambah Modi.
Pengumuman yang dibuat melalui siaran televisyen itu dilihat sebagai mengambil alih kawalan vaksinasi yang disifatkan bergerak perlahan di negara itu.
Sebelum ini, banyak pihak mengkritik pemberian vaksin di India yang disifatkan tidak tersusun, hingga tidak sampai 5 peratus daripada 950 juta populasi dewasanya telah divaksin.
Di bawah dasar sebelum ini, kerajaan persekutuan memberikan suntikan percuma kepada individu berumur 45 tahun ke atas serta pekerja barisan hadapan, sementara negeri dan hospital swasta bertanggungjawab menvaksinasi mereka yang berumur 18 hingga 44 tahun.
Walaupun kebanyakan negeri memberi vaksin kepada golongan usia ini secara percuma, mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan dos dengan sektor swasta.
Pakar menyatakan, pembuat vaksin memperoleh lebih banyak keuntungan dengan menjual pada harga yang tinggi kepada sektor swasta, menyebabkan banyak negeri berebut bekalan.
Pengumuman Modi itu menyusul kritikan yang semakin meningkat terhadap pemerintahannya untuk mempercepatkan vaksinasi dan memastikan semua mendapat hak itu sama rata.
India telah memberikan lebih 222 juta vaksinasi setakat ini.
Kes jangkitan COVID-19 di India kini berada pada tahap lebih 100,000, menurun berbanding 400,000 pada bulan Mei.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#India
#Narendra Modi
#suntikan
#jangkitan
#vaksin
#dewasa
#swasta
#kerajaan negeri
#kritikan
#kerajaan Persekutuan
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan