awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Johnson gesa G7 vaksinasi dunia menjelang akhir 2022

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
01:01 MYT
COVID-19: Johnson gesa G7 vaksinasi dunia menjelang akhir 2022
Johnson berkata beliau akan mencari kata sepakat untuk mencapai matlamat vaksinasi global. - Foto AP Newsroom
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meminta negara G7 membuat komitmen untuk menvaksinasi dunia bagi melawan COVID-19 menjelang akhir 2022.
Johnson berkata beliau akan mencari kata sepakat untuk mencapai matlamat vaksinasi global.
Jelasnya, vaksinasi pada akhir tahun depan akan menjadi satu-satunya prestasi terbesar dalam sejarah perubatan.
Justeru beliau meminta rakan-rakan pemimpin G7 untuk bekerjasama bagi mengakhiri wabak mengerikan itu dan berjanji tidak akan membiarkan kemusnahan ditimbulkan koronavirus berulang.
Pemimpin Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Kesatuan Eropah dan Kanada akan menyertai Johnson dalam sidang kemuncak tiga hari di England, pada Jumaat.
Ini juga akan menjadi perjalanan pertama ke luar negara bagi Presiden Amerika Syarikat Joe Biden sejak memegang jawatan pada Januari lalu.
Walaupun negara-negara kaya telah menvaksinasi sejumlah besar populasi mereka namun banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak memiliki akses yang sama untuk vaksin.
Pakar kesihatan memberi amaran sekiranya suntikan vaksin tidak disumbangkan, virus itu akan terus tersebar dan bermutasi.
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yellen, di London untuk mesyuarat menteri kewangan mendesak negara-negara kaya mempromosikan vaksinasi di negara-negara berpendapatan rendah yang tidak mampu membelinya.
Dia juga mengulangi kedudukan Amerika bahawa hak paten harus dikeluarkan untuk vaksin dan mereka melakukan segala usaha mengatasi masalah rantaian bekalan yang menghalang suntikan vaksinasi di bahagian dunia yang lain.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Boris Johnson
#G7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan