awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kempen vaksinasi UK beri petunjuk positif, kemasukan ke hospital makin menurun

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2021
01:48 MYT
COVID-19: Kempen vaksinasi UK beri petunjuk positif, kemasukan ke hospital makin menurun
Walaupun menyaksikan peningkatan kadar jangkitan, namun kadar kemasukan ke hospital di UK jauh lebih rendah. -Gambar fail
LONDON: Kempen vaksinasi COVID-19 besar-besaran di Britain melemahkan hubungan di antara jangkitan dan kematian, namun belum sepenuhnya diputuskan.
Menurut Ketua Badan Penasihat Saintifik kepada kerajaan United Kingdom (UK), Peter Horby, Britain kini melihat tahap kemasukan ke hospital yang jauh lebih rendah.
Katanya, kadar vaksinasi dos pertama telah diberikan lebih 80 peratus orang dewasa dan dos kedua lebih daripada 60 peratus.
Walaupun menyaksikan peningkatan kadar jangkitan, namun kemasukan ke hospital jauh lebih rendah justeru hubungan antara dua perkara tersebut telah lemah.
UK mencatatkan 18,270 kes jangkitan baharu pada Sabtu, tertinggi sejak 5 Februari dengan 23 kematian.
Secara keseluruhan Britain merupakan salah satu negara mempunyai jumlah kematian tertinggi dunia dengan 128,000 kes.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Boris Johnson berharap dapat memansuhkan sekatan koronavirus sepenuhnya pada 19 Julai selepas terpaksa menangguhkan perkara itu disebabkan peningkatan kes baharu melibatkan varian Delta.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#London
#Britain
#koronavirus
#COVID-19
#Boris Johnson
#jumlah kematian
#vaksin
#dos pertama
#dos kedua
#jangkitan
#Peter Horby
#Ketua Badan Penasihat Saintifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan