awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes meningkat dua hari berturut, Korea Selatan beri amaran sekatan lebih ketat

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
13/12/2020
21:33 MYT
COVID-19: Kes meningkat dua hari berturut, Korea Selatan beri amaran sekatan lebih ketat
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Korea Selatan terkini adalah sebanyak 42,766, dengan 530 kematian. - Gambar hiasan/REUTERS
PRESIDEN Korea Selatan, Moon Jae-in memberi amaran pada Ahad akan meningkatan sekatan pergerakan pada tahap tertinggi setakat ini, selepas negara itu merekodkan lonjakan jangkitan kes COVID-19 dua hari berturut-turut.
Mempengerusikan mesyuarat tergempar di Ibu Pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan buat pertama kalinya sejak Februari, Jae-in mendesak semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan, menjaga keselamatan dan mengekang penyebaran virus berkenaan.
"Sekiranya wabak ini tidak mampu dikekang sekarang, tiba masanya yang kritikal untuk kita mempertimbangkan meningkatkan langkah-langkah penjarakan sosial kepada tahap 3," katanya di Seoul, merujuk kepada sistem lima lapisan negara itu.
Greater Seoul, yang mempunyai populasi separuh daripada keseluruhan 52 juta penduduk Korea Selatan, ketika ini berada pada sekatan tahap 2.5.
Perhimpunan melebihi 50 orang tidak dibenarkan dan restoran tidak boleh menerima pelanggan selepas pukul 9 malam.
Korea Selatan melaporkan 1,030 kes jangkitan baharu pada Ahad, naik daripada 950 kes pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu meningkat kepada 42,766 dengan 530 kematian.
Daripada kes jangkitan baharu tersebut, 1,002 merupakan kes tempatan.
Sekatan tahap 3 bermaksud penutupan atau 'lockdown' untuk pertama kalinya di negara ekonomi keempat terbesar di Asia ini.
Susulan itu, sekolah akan mengadakan pembelajaran secara jarak jauh, syarikat akan mengamalkan langkah bekerja dari rumah dan perhimpunan melebihi 10 orang tidak dibenarkan.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#perhimpunan
#keselamatan
#COVID-19
#sekatan
#pergerakan
#kes positif
#Moon Jae-in
#restoran
#lockdown
#penutupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan